Sunday, May 9, 2010

kursus dan universiti menawarkan kejururawatan

Kursus tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
1. Kebidanan
2. Perawatan Kesihatan Awam
3. Perawatan Jagaan Koronoro
4. Perawatan Jagaan Intensif
5. Perawatan Pediatrik
6. Perawatan Psikiatari
7. Ijazah perawatan di Universiti tempatan dan luar negara

UNIVERSITI YANG MENAWARKAN KURSUS KEJURURAWATAN
IPTA
• Universiti Sains Malaysia
• Universiti Kebangsaan Malaysia
• Universiti Teknologi MARA

IPTS
• Kolej Kejururawatan Kuala Lumpur
• Kolej Kejururawatan Sandakan
• Kolej Kejururawatan Sibu, Kuching

SKALA GAJI DAN ELAUN
• P1T1 RM 928.85 – P1T27 RM 2445.89
• P2T1 RM 985.42 – P2T27 RM 2623.76
• P3T1 RM 1044.71 – P3T27 2781.06

Prospek Masa Depan
Bidang ini menawarkan banyak pekerjaan seperti tempat-tempat klinik-klinik kesihatan, hospital kerajaan, Hospital UKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Institut Jantung Negara dan pusat-pusat perubatan swasta. Bidang ini mempunyai masa depan yang cerah daripada segi ilmu, Ekonomi, sosial, rohani dan jasmani.

KESIMPULAN
• Sebagai kesimpulannya, sebelum seseorang individu membuat pilihan kerjaya, pemahaman mengenai kerjaya ysng diingini adalah perlu bagi memastikan pilihan kerjaya selari dengan minat.
• Dalam usaha negara menuju ke arah status negara maju dengan ekonomi yang cemerlang, negara perlu melahirkan individu yang mempunyai kemahiran ynng tinggi dan minat yang mendalam tentang bidang kerjaya yang mereka pilih.
• Oleh itu, individu yang meminati bidang-bidang kerjaya yang bersasaskan Sains & Teknologi perlu belajar bersungguh-sungguh bermula dari sekolah rendah lagi dan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR, agar asas yang ada boleh diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi, agar cita-cita yang ingin dicapai akan dapat diperolehi.



CABARAN KERJAYA JURURAWAT

Profesion jururawat adalah antara profesion yang sentiasa berhadapan
dengan cabaran dan sentiasa berhadapan dengan seribu satu karenah manusia. Oleh itu, bidang perlu mempunyai ciri-ciri tabah, sabar, kuat semangat dan penyayang bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Masyarakat selalu mengabaikan perasaan jururawat yang memberikann perkhidmatan kepada mereka tanpa sebarang rungutan. Herdikan dan kata-kata kesat bukan sahaja keluar daripada mulut pesakit, malah ahli keluarga pesakit juga tidak segan silu melemparkan kata-kata negatif kepada jururawat. Selain itu, bekerja tiga syif memerlukan komitmen yang tiggi terutama kepada jururawat yang berkeluarga.

Cabaran yang paling getir apabila, para jururawat bersedia apabila diarah berkhidmat di kawasan-kawasan pendalaman yang memungkinkan mereka menaiki bot atau sampan bagi memberikan perkhidmatan.

ciri-ciri jururawat dan syarat kelayakan





SYARAT KELAYAKAN KERJAYA JURURAWAT

- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
- Keutamaan dalam aliran sains tulen

VISI DAN MISI JURURAWAT

MISI
BERKHIDMAT UNTUK MANUSIA

VISI

Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil, saksama, cekap, mampu disedia dan diperoleh, berteknologi dan sesuai dengan persekitaran.
Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat bagi meningkatkan mutu kehidupan.

KERJAYA JURURAWAT


PENGENALAN KERJAYA JURURAWAT

Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Jururawat merupakan orang yang merawat orang sakit di hospital. jururawat juga merupakan orang yang bertugas membantu doktor merawat pesakit. Jabatan kejururawatan adalah plan penjagaan jururawat, plan penjagaan , kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat.Di united state dan united kingdom, latihan kejururawatan , seperti pakar klinik kerujurwatan dan jururawat terlatih ,diagnosis masalah kesihatan dan menentukan pengubatan dan lain-lain terapi.jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. jururawat akan menyediakan segala tugasan antara satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat.

Pada zaman maju sekarang, jururawat bukan hanya perempuan malahan di negara-negara lain, terdapat ramai jururawat lelaki. Dan di Malaysia, fenomena ini telah kelihatan sejak 5 tahun yang lepas di mana terdapat jururawat lelaki di Kolej Kejururawatan dan Universiti Tempatan yang menawarkan program Diploma Kejururawatan dan Ijazah Kejururawatan.