Sunday, May 9, 2010

KERJAYA JURURAWAT


PENGENALAN KERJAYA JURURAWAT

Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Jururawat merupakan orang yang merawat orang sakit di hospital. jururawat juga merupakan orang yang bertugas membantu doktor merawat pesakit. Jabatan kejururawatan adalah plan penjagaan jururawat, plan penjagaan , kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat.Di united state dan united kingdom, latihan kejururawatan , seperti pakar klinik kerujurwatan dan jururawat terlatih ,diagnosis masalah kesihatan dan menentukan pengubatan dan lain-lain terapi.jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. jururawat akan menyediakan segala tugasan antara satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat.

Pada zaman maju sekarang, jururawat bukan hanya perempuan malahan di negara-negara lain, terdapat ramai jururawat lelaki. Dan di Malaysia, fenomena ini telah kelihatan sejak 5 tahun yang lepas di mana terdapat jururawat lelaki di Kolej Kejururawatan dan Universiti Tempatan yang menawarkan program Diploma Kejururawatan dan Ijazah Kejururawatan.



No comments:

Post a Comment