Sunday, May 9, 2010

CABARAN KERJAYA JURURAWAT

Profesion jururawat adalah antara profesion yang sentiasa berhadapan
dengan cabaran dan sentiasa berhadapan dengan seribu satu karenah manusia. Oleh itu, bidang perlu mempunyai ciri-ciri tabah, sabar, kuat semangat dan penyayang bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Masyarakat selalu mengabaikan perasaan jururawat yang memberikann perkhidmatan kepada mereka tanpa sebarang rungutan. Herdikan dan kata-kata kesat bukan sahaja keluar daripada mulut pesakit, malah ahli keluarga pesakit juga tidak segan silu melemparkan kata-kata negatif kepada jururawat. Selain itu, bekerja tiga syif memerlukan komitmen yang tiggi terutama kepada jururawat yang berkeluarga.

Cabaran yang paling getir apabila, para jururawat bersedia apabila diarah berkhidmat di kawasan-kawasan pendalaman yang memungkinkan mereka menaiki bot atau sampan bagi memberikan perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment